Business atau Online Business
Sejak tahun 2012 lagi aku dah start niaga online. Daripada tak pandai berniaga, sekarang dah pandai. Dari malu nak buka mulut & semuka dengan orang ramai sekarang tidak lagi!
Macam-macam pengalaman ada. Sebelum berniaga, aku bekerja di syarikat swasta. So nak dijadikan cerita, aku mula berkecimpung dengan bisnes ni semasa aku menggunakan satu produk collagen. Dah guna produk tu, dapat pulak hasil yang memuaskan. Apa lagi, join ler bisnes collagen. Hehe....
Selama berniaga tu, macam-macam karenah customer aku dah jumpa. Kawan-kawan dalam perniagaan pun ramai. Macam-macam tips kita boleh belajar daripada diorg. Walaubagaimanapun, untuk berjaya dan terus berniaga kita kene sabar dan sentiasa berusaha! Dalam berniaga untung pasti ada walaupun sedikit tapi lama-lama jadi bukit.
Anyway, kepada yang nak start berniaga tu anda mesti ada senarai di bawah ni:-
- Daftar Perniagaan di SSM (http://www.ssm.com.my)
- Ada website & email ofis (kalau anda mampu)
- FB page, Website, Blog (Info pemilik mesti ada)
- Branding (Kalau anda ada produk sendiri)
- Production (Time Management: Masa kerja, diri sendiri & family)
- Anda mesti suka apa yang anda buat
No comments:
Post a Comment